Sunday, February 20, 2011

muhasabah diri

salam semua :)



5 SYARAT JIKA NAK BUAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang
menemui Ibrahim bin Adham.

Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar
bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.

"
Setelah mendengar perkataan tersebut
Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu
menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu
melakukan maksiat.

" Lelaki itu dengan
tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah
syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat
pertama, jika kamu bermaksiat kepada
Allah, jangan memakan rezekinya.

"
Mendengar itu dia mengernyitkan kening
seraya berkata, "Dari mana aku mahu
makan? Bukankah semua yang ada di bumi
ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim
bin Adham.

"Kalau kamu sudah
memahaminya, masih mampukah memakan
rezekinya, sedangkan kamu selalu
berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu
bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut
setengah mati.

Ibrahim kembali berkata
kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah,
apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan
tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu
melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia
kemudian menanyakan syarat yang ketiga.


Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu
bermaksiat, carilah tempat tersembunyi
yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan
berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat
macam mana? Mana mungkin Allah tidak
melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin
demikian, apakah kamu m asih
berkeinginan melakukan maksiat?" kata
Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan
meminta syarat yang keempat.



Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat
maut datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya, 'Ketepikan
kematianku dulu.

Aku masih mahu
bertaubat dan melakukan amal soleh'.

"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala
dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim,
mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah
meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda
dan mengundurkan datangnya kematianmu,
lalu bagaimana engkau boleh lari dari
kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah
kalau malaikat Zabaniyah datang hendak
mengiringmu ke api neraka di hari kiamat
nanti, jangan engkau ikut bersamanya.

"

Perkataan tersebut membuat lelaki itu
insaf.

Dia berkata, "Wahai Aba Ishak,
sudah pasti malaikat itu tidak
membiarkan aku menolak kehendaknya.

" Dia
tidak tahan lagi mendengar perkataan
Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai
saat ini aku bertaubat kepada Allah.

"
katanya sambil teresak-esak.

2 comments:

  1. salam, minta izin ambil pengisian ini..

    ReplyDelete
  2. Salam..nice entry..jgn lupa singgah n follow blog saya http://secebiscoretanqalbi.blogspot.com/

    ReplyDelete