Sunday, February 20, 2011

muhasabah diri

salam semua :)



5 SYARAT JIKA NAK BUAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang
menemui Ibrahim bin Adham.

Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar
bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.

"
Setelah mendengar perkataan tersebut
Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu
menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu
melakukan maksiat.

" Lelaki itu dengan
tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah
syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat
pertama, jika kamu bermaksiat kepada
Allah, jangan memakan rezekinya.

"
Mendengar itu dia mengernyitkan kening
seraya berkata, "Dari mana aku mahu
makan? Bukankah semua yang ada di bumi
ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim
bin Adham.

"Kalau kamu sudah
memahaminya, masih mampukah memakan
rezekinya, sedangkan kamu selalu
berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu
bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut
setengah mati.

Ibrahim kembali berkata
kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah,
apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan
tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu
melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia
kemudian menanyakan syarat yang ketiga.


Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu
bermaksiat, carilah tempat tersembunyi
yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan
berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat
macam mana? Mana mungkin Allah tidak
melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin
demikian, apakah kamu m asih
berkeinginan melakukan maksiat?" kata
Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan
meminta syarat yang keempat.



Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat
maut datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya, 'Ketepikan
kematianku dulu.

Aku masih mahu
bertaubat dan melakukan amal soleh'.

"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala
dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim,
mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah
meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda
dan mengundurkan datangnya kematianmu,
lalu bagaimana engkau boleh lari dari
kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah
kalau malaikat Zabaniyah datang hendak
mengiringmu ke api neraka di hari kiamat
nanti, jangan engkau ikut bersamanya.

"

Perkataan tersebut membuat lelaki itu
insaf.

Dia berkata, "Wahai Aba Ishak,
sudah pasti malaikat itu tidak
membiarkan aku menolak kehendaknya.

" Dia
tidak tahan lagi mendengar perkataan
Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai
saat ini aku bertaubat kepada Allah.

"
katanya sambil teresak-esak.

Saturday, February 5, 2011

singa mengamuk

salam...


kaifa halukum?..ape isu terkini kalendar dunia?..sudah pasti kita dihangatkan dengan isu mesir yang sedang bergelut...apekah fatwa yang telah dikeluarkan bagi rakyat mesir yang berjuang menuntut presiden mereka untuk meletakkan jawatan nya?...ana ade bace sedikit tentang ini....



....ulama' kontemporari kini al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.
Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.
Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa “doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.
Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid
Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.
Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, “saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’”.

*pelajar-pelajar m'sia yang ade disane kami di sini mendoakan keselamatan kalian...

Sunday, January 16, 2011

tazkirah subuh

    Kalimah 'Taqwa' asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.

   Menurut Syara', 'Taqwa' bererti : "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat".

  Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :

  "Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )

  Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. 
  Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". 
  Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".
Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati".
  Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".

  Menurut Ibnu Abbas r.a. : "Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya".

  Menurut Hasan al-Basri : "Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka".

  Berkata Abu Yazid al-Bustami : "Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".

   Martabat Taqwa
 
Menurut Al-'Allamah Mustafa al-Khairi al-Manshuri, taqwa ini mempunyai tiga martabat; 

   1-Martabat pertama : Membebaskan diri dari kekufuran
Inilah yang diisyaratkan oleh Allah dengan "Kalimat at-Taqwa" dalam firmanNya :
"...lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa ...". (Surah Al-Fath. Ayat : 26)
Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah : "لا إله إلا الله محمد رسول الله" atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.
   
   2-Martabat kedua : Menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.
 
  3-Martabat ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah swt.
Martabat yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah;
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah swt )." (Surah Ali Imran. Ayat : 102)

Monday, December 6, 2010

semburan kreatif

salam...


Masih diberikan nikmat iman dan islam..mari kita ucap alhamdulillah :)....pada bulan ni khususnya hari ini aku di bumi nilam puri akan menyambut maal hijrah..disini dipenuhi surau-surau dan masjid dengan ceramah dan forum berkaitan maal hijrah..selain itu, ade banyak aktiviti yang akan aku lakukan..mpp dan jtk telah menyusun pelbagai aktiviti..bulan ni juga ade program yang akan dijalankan dan program ini diberi nama expose...antara program yang dijalankan ialah pidato,debat,s.i.r,kalimatul so'bah dan lain-lain..selain itu,pihak pentadbiran telah membuat satu pertandingan keceriaan dan kebersihan di sekitar kawasan universiti..antara pertandingan yang dipertandingkan ialah kelas terbersih dan terceria,bilik tercantik dan terceria,semburan kreatif,poster dan lain-lain..dibawah ni antara karya semburan kreatif yang telah dibuat :)



baru belajar edit-edit ni..tak lawa pon..

akhir kalam..salam maal hijrah :)

Friday, November 26, 2010

sayang ummi :)

salam..


video ni khas utk ummiku yg tercinta wan rudzina bt wan mansor... :)




semoga ummi sehat dan bahagia selalu :)





hukum dari al-quran

Salam, ade sedikit perkongsian ilmu :)

Memulakan perbincangan pada tajuk" pengharaman Arak di Dalam Al-Quran"Firman Allah Taala bermaksud: " Hai orang-orang yang beriman,sesungguhnya arak,berjudi,patung-patung,mengundi nasib adalah perbuatan keji lagi kotor termasuk perbuatan syaitan,maka jauhilah agar kamu bahagia".( Al-Maidah:90 )Sabda Nabi S.A.W: " Jauhilah minuman arak,kerana sesungguhnya minuman arak itu adalah induk segala kejahatan" ( Riwayat Tabrani)Berdasarkan ayat al-Quran jelas menerangkan dan memberitahu kita arak dan segala perbuatan keji adalah haram dan dilarang disisi agama kerana ianya adalah larangan Allah . Begitu juga jelas sabdaan Nabi tentang arak yang disebut sebagai Ibu seegala perbuatan keji dan maksiat...Larangan mendekati lebih2 lagi meminum arak adalah jelas kepada umat islam kerana mereka yang mendekati dan meminum arak disebutkan sebagai mengikut perbuatan syaitan..Kenapa nak ikut syaitan sedangkan Al;lah suruh kita ikut suruhan Allah.Isu semasa: Banyak berlaku dalam kalangan muda-mudi anak-anak generasi islam hari ini terjebak dengan perbagai masalah dan gejala yang tidak sihat antaranya meminum arak...yang jelas kata nabi jika dah minum arak maka akan menyebabkan anak-anak muda islam lebih terdorong melakukan perkara-perkara mungkar yang lain seperti berjudi,sumbang mahram yang kita dengar hari ini lahirnya anak-anak luar nikah yang tidak bersalah....renungkanlah,,,,,Kata Nabi: Antara tanda-tanda hampirnya berlaku kiamat ialah berleluasanya perzinaan,minuman keras dan kejahilan dalam agama...ini semua telah berlaku dalam masyarakat kita dan semua ini sangat menakutkan kita.Isu Judi dan Nombor ekor: jelas Allah larang kita berjudi dan bertenun nasib...Tapi rialiti yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini ,banyak yang melakukan perbuatan yang dilarang Allah....nikmat kesenangan dan duit yang Allah berikan kepada kita di buang ketempat-tempat pembiakan syaitan( no ekor dan judi)..semua perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah dan bakal ditimpa bala kerana melanggar larangan Alllah....Sangat menakutkan...maka renungkanlah.....Isu Judi bola sepak Piala Dunia yang dibenarkan oleh pihak kerajaan kita.Apa pandangan anak-anak Generasi Islam Felda Kepis? Tolong berikan Pandangan Anda Selepas anda Membaca Artikel ringkas ini>....apa yang dilontarkan adalah berasaskan " AL-QURAN DAN SUNNAH NABI bukan atas pandangan akal saya yang cetek...mari kira renungkan dan berikan pandangan bersama...

Sunday, November 21, 2010

eid mubarak

salam...




+selamat hari raye diucapkan+